Jumat, 09 Juli 2010

Sungguh seronok Upin & Ipin apabila berada di Johor Bahru baru-baru ini untuk event terbesar ICT iaitu MISTI ataupun Minggu Sains Teknologi dan ICT Johor 2010. Yelah, hampir seminggu kembar comel ini bersama team Les' Copaque memeriahkan acara yang kali ke 3 ini dianjurkan terasa rindu pula nak meninggalkan Johor selepas selesai acara. Bermula dari 22 Jun yang lalu, setiap hari acara ini dipenuhi dengan pelajar-pelajar sekolah yang ingin melihat pameran yang berkaitan dengan ICT.


Booth TM ketika pameran

Suasana ketika acara pertandingan sains


Bergambar bersama maskot Kunang-Kunang
serta kakitangan MISTI

Pada hari pertama, pengunjung MISTI didedahkan dengan ceramah animasi mengenai kisah disebalik Upin & Ipin oleh penceramah dari Les' Copaque Production iaitu En
Mohd Zarin. Lebih 700 pengunjung memenuhi dewan seminar untuk mendengar kisah disebalik animasi Upin & Ipin. Memang suasana di dalam dewan seminar menjadi meriah apabila sesi ceramah tersebut diakhiri dengan penampilan maskot Upin & Ipin.


Upin & Ipin menceriakan booth

Antara pelajar sekolah yang
memenuhi ruang seminar

Antara lain yang menarik perhatian ialah pameran oleh pelbagai booth dari badan kerajaan dan swasta yang mempamerkan produk masing-masing yang berkaitan dengan Sains dan Teknologi. Antara booth yang menjadi tumpuan ialah booth MDeC, MIMOS, TM dan juga PETROSAINS. Sememangnya tujuan mendekatkan pengunjung kepada sains dan teknologi berjaya kerana pelbagai maklumat yang jarang didapati boleh didapatkan di pameran ini. Uniknya juga, pada malam hari diadakan pula sesi melihat bulan melalui teleskop. Memang sesuatu pengalaman baru yang pasti tidak dilepaskan oleh pengunjung di sini.



Booth MDeC

Kemeriahan dibooth Les' Copaque sendiri juga terasa apabila booth ini tidak pernah lengang dengan kunjungan dari pengunjung terutama sekali dari pelajar-pelajar. Di sini, selain dapat melihat dan membeli pelbagai barangan cenderamata Upin & Ipin, semua pengunjung juga ditawarkan pendaftaran sebagai ahli Kelab Upin & Ipin. Pendaftaran ahli kelab pada pameran ini

memang mendapat sambutan hangat, lebih-lebih lagi pertama kali diperkenalkan di Johor.


Booth Les' Copaque sungguh dipenuh pelajar


Bersama-sama di booth MDeC


Upin & Ipin bersama Mej Dr Faiz,
Angkasawan Negara

Terima kasih kepada semua pengunjung yang telah memeriahkan acara ini serta pihak penganjur yang tidak putus-putus memberi kerjasama dan bantuan disepanjang acara ini berlangsung. Semoga semuanya dapat manfaat dari acara MISTI ini dan kepada peminat setia Upin & Ipin jangan lupa untuk mengikuti Upin & Ipin diacara yang lain pula ye.